TENTANG
KAMI
Dato' Seri Saarani Mohamad
Menteri Besar Perak
Penaung PEMADAM Perak
YB Azlan Helmi
EXCO Komunikasi, Multimedia dan NGO
Pengerusi PEMADAM Perak
Pengenalan .
PEMADAM sebagai NGO yang Proaktif, bertindak secara Efektif, mampu memberi Maklumat yang tepat, kepimpinannya Amanah serta bersikap Dinamik, Mementingkan Agama dan berjiwa Merdeka daripada bahana DADAH.
Teras gerak kerja PEMADAM ialah FAST (Fathonah, Amanah, Siddiq, Tabligh) atau BAJA (Bijaksana, Amanah, Jujur dan Ajar) memberi penekanan kepada konsep HIDUP PENUH ERTI. PEMADAM bertanggungjawab menyuntik budaya kerja Dari Hati Dengan Hati yang istiqamah. PEMADAM sebagai NGO Strategik Negara berupaya membantu kerajaan merealisasikan MALAYSIA BEBAS DADAH.
PEMADAM telah dilancarkan pada 22 Mac 1976 oleh YAB Tun Hussien Onn, Perdana Menteri Malaysia Ke-3. Mengikut Perlembagaan PEMADAM pindaan 2019, Penaung PEMADAM Kebangsaan ialah YAB Perdana Menteri Malaysia. Menteri Dalam Negeri atau Timbalan Menteri Dalam Negeri akan dilantik sebagai Yang Dipertua PEMADAM oleh Penaung PEMADAM Kebangsaan.
Penaung PEMADAM Negeri ialah YAB Menteri Besar/Ketua Menteri. Penaung PEMADAM Wilayah Persekutuan ialah YB Menteri Wilayah Persekutuan. Mereka bertanggungjawab melantik Pengerusi dan Naib Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras PEMADAM Negeri. Pengerusi PEMADAM Daerah/Jajahan ialah Pegawai Daerah. Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Pengurus Kawasan DBKL dilantik menjadi Pengerusi PEMADAM Parlimen.
PEMADAM KEBANGSAAN ditadbirkan oleh satu badan iaitu Majlis Anti DADAH PEMADAM Kebangsaan yang dipengerusikan oleh Yang Dipertua PEMADAM. Untuk melicinkan jentera pengurusan dan pelaksanaan program dan aktivitinya, 11 biro telah diwujudkan. Sementara di PEMADAM Negeri dipimpin oleh Jawatankuasa Penyelaras PEMADAM Negeri yang dan Jawatankuasa Kerja PEMADAM Daerah. PEMADAM beroperasi di seluruh negara melibatkan 175 PEMADAM Daerah.
Fokus.
Meningkatkan pengetahuan dan kefahaman mengenai :
Dadah, Alkohol, Rokok,Vape, Inhalan, dan HIV/AIDS.
- Memastikan warga Malaysia mendapat maklumat dan memahami bahaya DARVIH.
- Menyelamatkan golongan yang terjebak DARVIH.
- Memperkasakan kerjasama dengan agensi kerajaan, swasta dan NGO dalam menangani masalah DARVIH di Malaysia.
- Untuk menyedarkan masyarakat mengenai bahaya penyalahgunaan najis dadah serta bahan seumpamanya melalui penglibatan masyarakat dalam program latihan, pendidikan pencegahan dadah. Di samping itu bekerjasama dengan pelbagai organisasi yang mempunyai peranan yang sama dengan PEMADAM.
- Untuk melaksanakan program pendidikan pencegahan dadah di peringkat Kebangsaan, Negeri, Daerah dan dengan Pihak Berkuasa Tempatan.
- Untuk bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Agensi Kerajaan dalam usaha membanteras penanaman, pengeluaran dan perniagaan dadah, dan seumpamanya yang menyalahi undang-undang negara.
- Untuk menjalankan aktiviti penyelidikan mengenai penggunaan dan penyalahgunaan najis dadah serta bahan yang seumpamanya bagi membantu mereka yang terlibat melalui program susulan Jagaan Lanjutan.
(Fasal 4: Perlembagaan PEMADAM)
HIDUP PENUH ERTI. DARI HATI DENGAN HATI.
– FAST –
Fathonah
Amanah
Siddiq
Tabligh